Haji Husain Samsudin
29th July 1924 ~ 8th December 2009 (21 Zulhijjah 1430H)
Arwah Wan ,gambar terakhir pada 22 July 2009.
AL-FATIHAH untuk arwah Wan yg kembali ke Rahmatullah sehari selepas kemalangan .
Kepulangan yg sangat menyayat hati .. Ummi tak sempat berjumpa arwah semasa sisa hayatnya di hospital. Arwah Wan mengalami pendarahan dalaman di kepala (severe head injury) , dan mata kanan arwah pecah serta bengkak pada bahagian muka kanan.
Arwah Wan terlibat dalam kemalangan dengan motosikal seawal pagi jam 7 , sewaktu Arwah sedang menuntun basikal untuk ke pekan membeli sarapan (rutin harian semenjak Arwah Tok meninggal 5 tahun lepas) .
Walaupon Ummi tidak serapat cucu2 Arwah yg lain, namun kehilangan Wan amat meninggalkan kesan buat Ummi. Namun Ummi bersyukur diberikan kesempatan untuk mengiringi jenazah Arwah dengan bacaan Yasin seawal tiba di rumah sehinggalah saat jenazah hendak dimandikan (doa Ummi sepanjang perjalanan balik dr SG to PG supaya berkesempatan menemani jenazah Wan..tq Allah for answering my prayer) .
To be honest, Ummi masih lagi terkilan .. dengan cara ‘kepulangan’ Arwah, disebabkan kelalaian manusia yg tak peduli keselamatan orang lain sehingga berlakunya kemalangan yg meragut nyawa warga emas . (will be more detail in my next entry) . Tapi Ummi redha dengan ketentuan Allah, dan Ummi berdoa semoga roh Wan dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.
Kasih sayang bukan setakat semasa hidup sahaja .. yg lebih penting adalah kasih sayang yg berpanjangan hingga ke syurga.
Mode: masih menitik airmata ..sayu bila terkenangkan keadaan Arwah, sedangkan masa raya puasa yg lepas sempat Ummi mengusik Arwah “ Napa Wan nampak handsome sangat sekarang ekk? buat facial ke? “ rupa-rupanya petanda Wan akan pergi …AL-FATIHAH.
……… teramat sibuk, tak cukup tangan nk membelek & mengupdate blog. Agak-agak dah nak bersawang gitew,huhhhhh.
This incident happen masa our family outing last weekend. Kitaorang ke JJ Permas Jaya, 1st time sampai situ…so, sangatlah tidak familiar dengan traffic-flow walaupon dengan bantuan gadget.
Oppsss …terlupa fulak nak bli barang Ummi kat pharmacy. Hmmm … kat JJ ada ler WATSON but there’s no pharmacist, …. ishhh, napelah tak letakkan sorang kat situ?? Qasanya belambak graduan dalam pharmacy yg mencarik pluang pekerjaan ..Since I NEED my that thing, mencarik jugaklah di kawasan sekitar …Ahaaaa, time nie lah kitaorang kena!
Sampai kat selekoh (kawasan bangunan kedai Jalan Permas ?? ) ..tetiba terserempak ngan En.Polis. Opppssss…kitaorang termasuk jalan sehala, melawan traffic-flow la nihhhh. Huhhhh …. dah masuk selekoh baru nampak sign-board jalan sehala, BOLE GITEW????













